Resepi Mee Kari Nyonya Paling Sedap

 resepi mee kari nyonya ala2 old town atau kopitiam


resepi mee kari nyonya



jom kita belajar masak mee kari nyonya..
rasa dia sama dengan  kita beli dekat oldtown atau dekat kopitiam tau..

klau uols peminat mee kari nyonya..wajib cuba resepi yang senang nie..
nak buat mee kari nyonya bukan susah sangat pun..senang je..
kena rajin je..haha..

klau beli mee kari nie nyonya dekat kopitiam atau oldtown..harga dia boleh tahan mahal jgk

so apekata kita buat sendiri..boleh makan satu family...haha...
jom kita belajar masak mee kari nyonya...nie resepinya.

Bahan-bahan mee kari nyonya

  • 1 ekor ayam
  • 4 bungkus mee
  • 5 paket serbuk kari daging (25gm x 5) 'Sy guna rempah Faiza'
  • 4/5 ketul kiub ikan bilis
  • 1 senduk kecil kerisik
  • 1 biji kelapa (santan)
  • 3 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia

Cara-cara masak mee kari nyonya

  1. Bancuh serbuk kari bersama kerisik dgn air suam (ketepikan).
  2. Tomis bwg merah,bwg putih dam halia yg dicincang halus td sehingga kekuningan atau naik bau.
  3. Then masukkan serbuk kari yg dibancuh bersama kerisik td.
  4. Kacau hingga kari masak atau naik minyak (jgn sampai hangit).
  5. Masukkan ayam yg telah dipotong.
  6. Masukkan santan dan sedikit air (kuantiti air pandai2 agak).
  7. Biarkan ia mendidih,kemudian masukkan kiub ikan bilis.
  8. Tambah sedokit penambah perasa serbuk pati ayam, garam n gula secukup rasa.
  9. Masa ni bleh la nk masukkan sikit bahan sampingan (fish cake, fish ball n kcg pnjg) bg kuah nmpk berseri ckit n xnmpk kosong. 

Bahan utk sambal atau chili oil

  • 40 biji cili kering (potong kemudian rendam sehingga lembut)nk pedas boh lebih.
  • 4-5 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)
  • 2 inci belacan
  • 5 biji cili merah (cabai hidup)
  • 6 ulas bwg putih
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Serbuk perasa ayam knorr
  • Gula melaka/gula biasa
  • Garam (jika perlu)

Cara untuk buat chili oil 

  1. Kisar sekali semua bahan utama diatas. 
  2. Tumis dgn minyak panas. 
  3. Kacau hingga naik minyak/sampai cabai masak. 
  4. Kemudian masukkan bahan2 perasa kacau smpai sambal jd pekat n kering. (tips utk sambal tahan lama,bnykkn minyak)

Topping atau bahan hiasan ( untuk diletak atas mee dan kuah)

  • Hirisan daging ayam rebus
  • Udang ( celur)
  • Isi Kerang Rebus.
  • Fish cake (celur)
  • Fish ball (celur)
  • Kacang Panjang ( potong 1 inci, celur)
  • Terung ( potong memanjang 1 inci, celur)
  • Taufoo pok ( tauhu bulat) ( kalau beli yg 4 segi, boleh potong 2 and masakkan dengan kuah. kalau bulat, jangan masukkan dalam kuah semasa masak nanti dia hancur)
  • Taugeh (celur)
  • Daun Pudina.
  • Limau
  • Cili Merah.


resepi dan gambar kredit to :anis atokman via MAHN 

 


Comments