Resepi Kek Marble Jelita

resepi kek marble yang senang dan sedap


ok hari nie kita belajar buat kek marble lar plak..
kek marble nie boleh dikatakan kek yang famous sepanjang zaman.
semua generasi suka makan,..dari anak kecil hingga lar yang dewasa kan..

nak buat bukan susah pun kek marble nie..senang sangat..
sekarang nie tengah viral dengan kek marble jelita..
kenapa jelita??jangan tanya admin..sbb admin pun tak tahu..haha..

mungkin sebab kek marble nie warna warni kot..
orang jual kek marble jelita nie mahal gak...
so bagi sape2 yang x mampu untuk beli..
boleh cuba resepi kek marble jelita nie ye..

kek marble jelita nie..memang gebu..moist..dan sedap..
rugi klau anda tak cuba.nak buat kek marble nie pun senang je.
klau nak buat jualan guna resepi nie pun boleh..
biasa orang jual rm30-35 untuk loyang 8/9 inch

bagi peminat kek marble...anda juga boleh cuba resipi kek marble yang lain juga.
sini admin dah listkan resepi kek marble untuk anda cuba

bahan-bahan untuk buat kek marble jelita


  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovalate
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan gula(160g-170g)
  • 1/4 cawan susu segar(50g)
  • 150g butter cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
ayakkan:
  • 200g/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder

cara buat kek marble jelita

campurkan semua bahan kecuali butter

campurka semua bahan kecuali butter.selepas itu mix kan dengan slow speed untuk 2-3 saat.then naikkan kepada high speed sehingga menjadi gebu

mixkan sehingga gebu camnie

ok...klau dah jadi camnie maknanya bahan anda sudah menjadi gebu

masukkan butter cair

sekarang kita masukkan butter yang telah dicairkan.gaulkan sehingga sebati

warnakan adunan

bahagikan adunan anda kepada beberapa bahagian dan warnakan.warn tu ikut suka uols lar nak warna apa.


selang selikan warna sehingga habis adunan

sendukan adunan kedalam loyang.pastika loyang dah digriskan dengna minyak.selang selikan warna sehingga habis adunan.last sekali corakkan permukaan atas kek ikut kreativiti anda.

bakar kek marble pada suhu 150-160c sehingga 50 minit ke 1 jam

tips untuk dapatkan permukaan kek marble jelita yang cantik:
  • untuk oven besar letakkan kek pada lapisan yang paling bawah
  • klau oven anda kecik,selepas bakar 30 minit cover permukaan kek dengan aluminium foil 



siap lar kek marble jelita kita...nampak sangat cantik kan..


tengok..kek marble nie...memang gebu kan...

resepi & pic kredit to: azlina ina 

klau yang still x fham..boleh tengok video kat bawah untuk tengok step by step cara buat kek marble jelita

video resepi kek marble jelita

untuk melihat pelbagai video resepi yang menarik.anda boleh melihat dekat youtube channel resepi senang.kat situ ada banyak video yang menarik anda boleh tonton dan belajar.

Comments

  1. pukul bahan tu anggaran dalam brape minit ye?

    ReplyDelete
  2. Ngape corak kek sya berkumpul ditengah???

    ReplyDelete
  3. nak tnya kenapa lepas 4 hari kek mcm bertali ye, tu tanda kek basi ke

    ReplyDelete
  4. Berapa saiz loyang utk satu adunan kek ni ye..?

    ReplyDelete

Post a comment