Resepi Udang Masak Butter @ Butter Prawn

 Resepi udang goreng butter

resepi udang masak butter


ok kali nie nak share resepi udang masak butter atau lebih famous dengan nama butter prawn..

udang butter nie sedap sbb rasa masin daripada butter dan lemak2 daripada sarang tu memang terbaik..

tambah plak dengan daun kari..memang membangkit rasa..

 udang butter nie antara menu famous kat restoran mewah lar.. klau tanya mesti ada udang goreng butter nie.. 

wajib cuba: resepi udang masak butter bersama cheese

tapi harga kat restoran boleh tahan mahal jugak harga dia.. so..darpida membazir jom kita buat sendiri undang masak butter nie.. 

xdelar susah sangat resepi dia..jom follow resepi  nie.. konfirm menjadi butter prawn uols..selamat mencuba

resepi udang masak butter 

bahan-bahan untuk udang masak butter 

Bahan-bahan untuk telur bersarang:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • sedikit garam
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 ½ cawan minyak masak
  • 50g / 3 sudu besar mentega
  • 5 biji telur kuning

Bahan-bahan untuk mengoreng udang 

  • 7 ekor udang besar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara untuk masak udang goreng butter

Cara untuk menggoreng undang

  1. Gaul sekata udang bersama tepung jagung dan sedikit garam.
  2. Goreng udang sehingga kekuningan dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, lalu angkat dan toskan minyak.

Cara untuk buat telur bersarang

  1. Kacau telur kuning dan tapis.
  2. Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
  3. Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.
  4. Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih-buih kecil terhasil.
  5. Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
  6. Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
  7. Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
  8. Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.
udang masak butter


klau masih x faham lagi..boleh rujuk video resepi nie...jangan lupa subscribe channel nie tau..banyak resepi menarik yang dia share 

video resepi udang masak butter @butter prawn



Comments