resepi boku pandan sedap dan senang
sape pernah makan boku pandan??sedap kan..
rasa boku pandan nie sedap sangat,rasa dia lebih kurang ice cream
makan time musim kemarau atau time berbuka puasa..
ya allah sedapnyer...sejuk je tekak nie..
sape yang x cuba lagi boku pandan nie..kena cuba cepat..
meh yuk share resepi boku pandan filipina..
senang je nak buat dia..
kenapa filipina??sebab boku nie asal daripada filipina..
so bagi lar kredit sikit kpd filipina...hahaha
sebelum yuk share resepi boku pandan..nie uols kena cuba resepi yang berasaskan pandan...sedap
- resepi kek pandan kastard
- resepi agar-agar santan pandan
- resepi muffin pandan
- resepi bingka pandan
- resepi kek pandan kukus
Bahan-bahan untk buat boku pandan
1. 500ml air kelapa @ 1 biji kelapa ambil isinya
2. 2 sudu besar gula (manis buah, nak manis tambah gula
lagi)
3. 10gram agar-agar serbuk warna hijau (1 pax kecil)
4. 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco (da tak perlu daun
pandan, senang)
5. 1 cawan sagu mata ikan @ biji sagu
6. 250ml Whipping cream non diary
7. 1/3 cawan susu pekat manis
8. 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa.
9. Ais
Cara untuk buat bingka pandan
- pertama buat agar-agar pandan dulu, satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna didalam periuk. Kacau sebati dan panaskan sehingga likat dan mendidih. Kemudian masukkan didalam bekas yang bersesuaian biarkan sejuk dan membeku. Kemudian potong dadu.
- Seterusnya buat sagu plak. didalam periuk yang lain didihkan air dan masukkan sagu mata ikan kacau - kacau perlahan, masak sehingga warna putih menjadi jernih, cuci dengan air paip dan toskan sagu tersebut. Ketepikan untuk step seterusnya.
- Didalam bekas lain mix whipping cream seketika, tak perlu sampai kembang @ lama, kemudian masukkan susu mix lagi hingga sebati, siap. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Satukan bahan-bahan iaitu agar-agar yang dipotong dadu (saya guna separuh je agar2) sagu, nata de coco, dan isi kelapa, kacau sebati semua bahan.
- Nak makan, masuk dalam mangkuk lain tambah ais. Nak satukan ais dalam bekas yang sama pun boleh, tetapi nanti rasanya berubah @ jadi tawar. Jadi terpulang nak buat macam.
- Selamat mencuba!
resepi dan gambar kredit to: putri bungsu
Comments
Post a Comment