resepi kek pandan custard

resepi kek pandan custard mini

resepi kek pandan custard

kenapa mini..hihi.
mini sbb kek nie kecik ckit berbanding biasa..
klau uols google biasa resepi kek pandan custard dia buat yang besar kan,,
so yuk nak share resepi yang mini punya..sbb nnti senang ckit utk uols jual dengan harga budget..
lagipun klau yang mini nie,,senang ckit utk berlatih...klau x jadi pun..xpe sbb bahan2 ckit je pkai..
so boleh try lagi..
bayang kan klau guna resipi kek yang besar,,pastu x jadi..
hah,,konfirm menangis tepi bucu katil kan..haha..

ok jom kita cekedot resepi kek pandan custard mini

resepi kek pandan custard mini

bahan-bahan untuk kek pandan

  • loyang 6 inch
  • 3 telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1sb ovalete 
  • 1sk pandan coconut paste
  • 1sk pewarna hijau
  • 4sb minyak

ayakkan:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2sk soda bikarbonat
  • 1/2sk baking powder
  • 1/2sk cream of tartar

cara-cara untuk membuat kek pandan

  1. pukul telur,gula,ovalete,pandan paste dan pewarna hijau sehingga kembang.
  2. masukkan bahan2 yang diayak sedikit-sedikit.mix sehingga sebati
  3. masukkan 4sb minyak dan kacau laju2 sehingga sebati
  4. masukkan adunan kedalam loyang yg dilapik baking paper dan kukus selama 25 min-30 min dengan api besar
  5. terbalikkan kek dari loyang dan biarkan ia sejuk.then potong kek menjadi 2 bahagian

bahan-bahan untuk custard

  • 1/2 cawan gula halus
  • 5sb tepung hoen kwe hijau@putih
  • 1 setengah sudu besar serbuk agar-agar
  • 1sk pandan coconut paste
  • 1sk pewarna hijau
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan santan pekat kara

cara-cara untuk membuat custard

  1. satukan semua bahan2 tadi kedalam bekas dan kacau sehingga sebati
  2. tapiskan mengunakkan penapis santan.tapis kedalam kuali
  3. buka api dapur yang paling slow dan kacau.kacau.time nie jangan tinggal custard dan kena selalu kacau/kacau sehingga ia menjadi pekat dan creamy.
resepi kek pandan custard
contoh custard yang pekat dan creamy

cara-cara pemasangan kek

  1. basahkan base loyang 7 inch dan tuangkan sedikit custard kedalam ia
  2. letakkan kek.cucuk kek dengan garpu dan tuangkan lagi custard ke atas kek
  3. ulang balik step1 dan 2 mengikut berapa lapisan kek yang anda kehendaki
  4. sejukkan kek kedalam peti sejuk selama 4 jam.pastikan ia betul2 keras sebelum diterbalikkan
  5. ketuk belakang loyang time nak keluarkan kek.ciap..
resepi kek pandan custard
dah ciap...cantik kan..

resepi kek pandan custard
kek yang cukup gebu.rasa  custard yang lemak2 manis..memang sedap lar.rugi klau x cuba resepi yang senang dan simple nie..


(resepi&gambar kredit to fb azlina ina fans)

info penting


klau sape2 yg x faham lagi..boleh tngok video step by step yang yuk buat nie..
yuk buat khas video nie tau..hihi..so jgn lupa untuk tengok




Comments