Resepi Biskut Sarang Semut

biskut sarang semut yang senang dan sedap

Resepi Biskut Sarang Semut yang senang dan sedap

resepi biskut sarang semut nie antara biskut yang senang untuk dibuat.
klau rajin anda boleh buat bersama-sama anak2..
boleh jgak mengeratkan hubungan dengan anak2

biskut sarang semut nie bukan sahaja senang untuk buat..tapi rasa sedap tau..
sebab tu biskut nie menjadi salah satu biskut raya yang famous dulu2.
tapi sekarang jarang jumpa dah biskut nie..
takut lama2 biskut nie pun akan pupus..

sebelum resepi biskut sarang semut pupus..baik admin share kat sini..
mana lar tahu ada yang nak buat..

uols dah buat ke biskut raya??
klau blum buat..nie antara biskut raya yang anda boleh cuba


Bahan-bahan untuk buat biskut sarang semut

  • 1 cawan butter/200g butter 
  • ½ cawan gula halus 50 hngga 60g (versi kurg manis)
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sk pewarna kuning/oren/biru/coklat
  • 1sb tepung susu(xkisah jenama ape)
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung(100g)
  • 2 ¼ cawan tepung naik sendiri (235g) nnt plus sket2 uli smpai jd doh jgn ko main tibai tuang je(+ - ikut selesa tgn)
  • kalau xde self-rising gantikan dgn tepung gandum + 1 sk baking powder diayak

Cara buat biskut sarang semut

  1. Mix butter/majerin dan gula sehingga kembang dan gula hancur
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Mix sekejap dan matikan mixer
  3. Masukkan pewarna kuning , susu tepung dan tepung kastard .. kacau rata
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung self-rising sedikit demi sedikit sambil uli sehingga jadi doh yang cantik dan tak lekat ditangan.
  5. balut plastik dan simpan di dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut(jgn ko letak tempat beku plak )
  6. Ambik doh yang diparut dan masukkan kedalam bekas
  7. Boleh hiaskan biskut sarang semut anda dengan coklat rice atau kacang
  8. bakar suhu 160 masa 20 hngga 25 mnt api atas bawah ye
cara buat  Biskut Sarang Semut
masukkan doh yang diparut kedalam bekas

cara hias Biskut Sarang Semut
hiaskan biskut anda

 Biskut Sarang Semut yang sedap dan cair di mulut
biskut sarang semuat yang sudah siap,,,sedap..





resepi & pic kredit: azlina ina




Comments