Resepi Kuih Talam Berlauk

resepi talam berlaku yang senang dan sedap

Resepi Kuih Talam Berlauk

biasa kita dengar resepi kuih talam keladi je kan..
so arie nie kita belajar buat kuih talam berlauk plak lar..
klau nak tahu sedap ke tak..kena lar cuba..

ok salin resepi kuih talam berlauk nie..\

resepi talam keladi berlauk

Bahan-bahan untuk membuat kuih talam keladi (Loyang 10x10 inci)

  • 300g keladi putih/ ungu (potong dadu & kukus)
  • 175g tepung beras
  • 40g tepung jagung
  • 20g tepung gandum
  • 1L santan (600ml santan kotak Kara + 400ml air)
  • 1 sdt garam halus

cara-cara untuk membuat kuih talam keladi 

  1. Kukus keladi hingga empuk, ketepikan. 
  2. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan & garam.
  3. Kacau campuran tepung & santan atas api perlahan hingga naik wap dan tutup api.
  4. Tapis adunan & masukkan keladi yang dikukus tadi. Masukkan separuh inti ke dalam adunan. 
  5. Lenserkan sedikit minyak pada loyang & kukus sehingga 3/4 masak (+- 10 minit), taburkan baki inti dan kukus sehingga masak (25 minit).

Bahan-bahan untuk membuat lauk

  • 2 sdb minyak masak
  • 300g udang segar (kupas & cincang)
  • 15g udang kering (rendam & tumbuk)
  • 3 tangkai daun sup
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 biji cili merah 
  • 1 sdt garam halus
  • Bawang goreng secukupnya

cara-cara untuk membuat lauk

  1. Panaskan minyak gorengkan udang hingga berubah warnanya. Masukkan udang kering & perisakan dengan garam. Biarkan sehingga wangi & angkat. 
  2. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili merah.

bahan-bahan untuk membuat Sos Cili:

  • 4 biji cili merah 
  • 1 biji cili padi
  • 1 sdb cili kisar
  • 1 sdb sos tomato
  • 1 sdb gula
  • 1/2 sdb cuka
  • 1/2 sdt kicap pekat
  • 1 sdt tepung jagung larutkan dengan 80ml air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk membuat sos cili

  1. Kisar semua bahan & renehkan atas api sehingga pekat.

bahan-bahan untuk membuat sos kicap:

  • 2 sdb taucu
  • 250ml air
  • 50g gula pasir
  • 4 sdt tepung jagung larutkan dengan 60ml air
  • 1 sdb kicap cair
  • 1 sdb kicap pekat

Cara-cara untuk membuat sos kicap

  1. Kisar taucu hingga hancur & renehkan atas api sehingga pekat.

bahan-bahan untuk membuat bawang goreng

  • 250g bawang merah (saiz sederhana)
  • 1 sdb tepung jagung

Cara-cara untuk membuat bawang goreng

  1. Hiris bawang nipis-nipis. 
  2. Gaul dengan tepung jagung
  3.  goreng dalam minyak yang banyak & panas sehingga garing.

Tips untuk membuat kuih talam keladi berlauk


info penting
  • Tambahkan masa mengukus selama 5 minit dengan membuka penutup pengukus untuk mengeringkan permukaan kuih.
  • Bawang goreng hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.

resepi & pic kredit to : noor ashikin saerah

Comments