Resepi Jus Avocado

resepi jus avocado@ alpokat senang dan sedap

Resepi Jus Avocado | www.resepisenang.com

ok..hari nie kita belajar buat jus plak ye..
klau jus..mestilar jus buah-buahan lar kan..
untuk hari nie kita belajar buat jus avocado..
klau kat indonesia kita panggil jus alpokat..

kita belajar buat jus avocado dulu..next time kita belajar plak buat jus buah-buahan yang lain plak..
so uols kna lar follow blog resepi senang nie..baru x tertinggal resepi..

jus avacado nie sedap..sebab dia ada rasa lemak2..
klau campur dengan milo @ coklat..lagi lar sedap...urm..bestnyer..

sebelum kita belajar buat jus avacado nie...jom kita tengok khasiat buah avacado dulu..

khasiat buah avacado

Resepi Jus Avocado | www.resepisenang.com


Avocado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)
Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.
Tetapi, perlu ingat bahawa lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).
Ini bermaksud bahawa ianya adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – berikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.
Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gene pembawa kanser.

Avocado Tinggi  Nutrisi
Antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado adalah:
  • Vitamin K
  • Folate
  • Vitamin C
  • Potassium
  • Vitamin B5
  • Vitamin B6
  • Vitamin E
Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).
Buah ini mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Buah avocado ini tidak mengandungi kolestrol atau sodium, dan rendah dalam kuantiti lemak tepu.

Mempunyai Potasium Yang Lebih Tinggi Berbanding Pisang
Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.
Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Avocado Tinggi Dengan Serat
Serat  ialah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu penurunan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.

Avocado Menjaga Jantung Anda
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

Buah Avocado Boleh Melegakan Simptom Arthritis
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avocado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).

 Avocado Boleh Tolong Kurangkan Berat Badan
Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avocado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.
Responden yang makan buah avocado meresakan 23% lebih kenyang.
Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.

Mengandungi Antioksida Yang Boleh Melindungi Mata
Bukan sahaja avocado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.
Ini merangkumi nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.

Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua.
Oleh itu, pengamalan buah avocado boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama

banyak kan khasiat buah avacado nie kan..so rugi lar klau uols x makan buat avacado nie..
nie admin nak share juga resepi air yang mudah..

anti uols boleh lar buat sendiri air nie kat umah..xyah dah beli air kat kedai..

resepi jus avacado 

bahan-bahan untuk buat jus avacado

  • Buah Avocado 1 - 2 biji
  • Susu Pekat Manis 3 Sudu makan
  • Gula 2 sudu besar
  • milo@coklat

cara buat jus avocado

  1. Buah avocado belah 2, buang bijinya. Cedok isinya guna sudu.
  2. Masukkan dalam blender
  3. Letak ais kiub
  4. Letak air sejuk dlm 2 cawan or lebih klu suka cair
  5. Letak susu dan gula.
  6. Then, blender.
  7. Masukkan dalam gelas, letak milo@coklat untuk bagi rasa lebih sedap. Lemak2 berkrim di sukai ramai
Resepi Jus Avocado | www.resepisenang.com
tips:jus avacado nie boleh dibekukan untuk dijadikan aiskrim malaysia

resepi&pic kredit to : julia jsd kuantan

anda ingin buat bisnes air balang?


Best jugak kan klau boleh buat bisnes air balang.untung pun banyak..tapi..bukan senang tau nak buat bisnes air balang nie..bayankan

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!

Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Jadi kalua anda ingin buka kedai air balang..ebook bisnes air balang nie memang terbaik unutk anda..

Apa yang anda dapat klau andan belie book bisnes air balang nie??

·         BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
·         BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
·         BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
·         BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
·         BAB 5 : RESEPI 20 JUS BEST SELLER
·         BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS
·         BAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
t

t




Menarik kan ebook bisnes air balang nie??camne nak dapatkan ebook nie??
Atau anda boleh klick kat gambar di bawah nie..


Comments