Resepi German Cookies

resepi biskut german yang sedap dan senang

Resepi German Cookies

ok hari nie kita belajar buat german cookies..
nanti boleh lar tambah koleksi biskut raya..
klau nak buat business dengan jual german cookies nie pun boleh..
rasa biskut german nie sedap sangat sbb uols akan rasa lemak dan cair dalam mulut..huhu..

german cookies nie x guna telur..dia bergantung kepada butter..
jadi uols akan rasa lemak2 dari butter..
jadi untuk rasa german cookies yang sedap dan terbaik..uols kena lar guna pure butter..
mmng mahal lar ckit,,tapi rasa dia lagi sedap..

biasanya german cookies warna dia putih creamy gtu..
tapi kali nie kita ubah ckit...kita letak warna..baru nampak ceria dan catik ckit kan..
dah maca macaroon admin nampak,,haha...

ok..tanpa membuang masa.jom kita belajar buat german cookies

resepi german cookies

bahan-bahan untuk membuat german cookies

  • 250 grams Pure Butter, dengan suhu bil­ik
  • 80 grams Gula Icing
  • 250 grams Potato Starch­/Tepung Pati Kentang 
  • 160 grams Tepung Kek atau Superfine­
  • Beberapa perwarna dan perisa pilihan. (Jika nak biarkan warna asal, letak 1 sudu teh vanilla extract bila butter dan gula sudah dipukul kembang)
[wajib cuba: resepi red pearl cookies]

cara-cara untuk membuat german cookies

  1. Panaskan­ oven pada suhu 160° C. 
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch, ketepikan. Ayak gula icing dalam bekas lain. 
  3. Dalam bekas, pukul butter d­an gula icing dengan mixer hingga kembang. Masukkan bahan kering tadi dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula hingga menjadi doh yang lembut. 
  4.  bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan perisa (jika guna), uli rata sekejap hingga mendapat warna yang dikehendaki. Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. 
  5. Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci dan susun ­diatas baking tray yang telah dialas dengan baking paper. Kemudian tekan setiap bebola dengan garpu untuk me­ndapatkan corak. Bakar dalam oven selama lebih kurang 15 minit, bergntung pada oven masing-masing tapi pastikan biskut tidak dibakar sehingga perang. 
  6. Sejukkan diatas cool rack dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi German Cookies

resepi & pic kredit to: danish harraz

Comments