Tip Simpan Sayur Tahan Lama #1

cara simpan lengkuas,serai,cili api & lada merah supaya tahan lama

cara simpan lengkuas,serai,cili api & lada merah supaya tahan lama

hari nie kita share tips lar plak..x kan asyik nak share resepi je kan..
hari nie yuk nak share resepi cara-cara untuk kita simpan lengkuas,serai,cili api dan lada merah supaya tahan lama dalam peti sejuk..

biasa klau lengkuas dan serai...nie.cepat kering klau kita simpan dalam peti sejuk kan..
so rugi lar kan...baru je beli dah kering...mmbazir je kan...
sbb tu lar yuk nak share tips nie,,jimat ckit..

klau ikut tips yuk nie..inn shaa allah serai,lengkuas,cili padi akan tahan berbulan-bulan tau..

1)daun sup
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan

2)Lengkuas dan Serai

- Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya

3)Cili api dan Lada Merah
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama .Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran,duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan Selamat mencuba

Simple tips dr suri rumah
Suhana Mat Rasu

Comments