Resepi Macaroni Cheese Bakar

resepi macaroni cheese sedap dan senang

Resepi Macaroni Cheese Bakar

asyik2 dok share pasal resepi kek dan cookies je kan..
bosan jgak..
so arie nie yuk nak share resepi western ckit..huhu..
resepi nie pun boleh buat tambahan menu dalam jualan uols..
bagi yang buat bisnes bakeri lar...

klau yg xde busines tu..buat untuk bekal anak sekolah pun boleh..
budak2 suka macaroni cheese nie..
mmang ada ada bnyak versi macaroni cheese nie,,tapi yang nie special ckit..
sbb ia lebih creamy n cheese meleleh..klau makan..mmang x ckup sebekas lar..haha

resepi macaroni cheese bakar

bahan-bahan

  • 1 cawan macaroni
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan setengah sos prego traditional
  • lada hitam
  • setengah labu bawang holland
  • 1 ulas bawang putih
  • daging burger@ cincang
  • sosej
  • cendawan butang 
  • lobak merah
  • sedikit minyak dan butter
  • 1 sb gula
  • sedikit garam
  • cheddar cheese
sos putih :
  • 1 cawan susu segar
  • 1sb tepung gandum
  • 2sb butter
  • sedikit garam

cara-cara

  1. rebus macaroni dengan kiub ayam.campur sedikit minyak supaya macaroni x melekat
  2. untuk sos putih,masak semua bahan2 sos putih sehingga menjadi creamy dan ketepikan
  3. panaskan sedikit minyak dan butter dan tumis semua bawang.bila bawang dah layu masukan daging burger
  4. sambil kacau sambil pecahkan daging burger dan masukkan sosej,lobak merah,cendawan.jangam lupa perisakan dengan lada hitam dan garam
  5. masukan 1 cawan setengah sos prego
  6. gaul rata dan letak 1sb gula
  7. masukkan kedalam bekas untuk dibakar dan tuangkan sos putih kat atas
  8. then letakkan cheedar cheese  dan bakar pada suhu  170c sehingga 20-25 min
  9. ciap..makan panas2 sedap wei..
Resepi Macaroni Cheese Bakar
masukkan semua bahan2 kecuali sos putih dan kacau rata
huhu dalam kuali pun dah sedap

Resepi Macaroni Cheese Bakar

letakkan macaroni anda kedalam bekas dan tuangkan sos putih.
jangan lupa letak cheddar cheese atas sekali ye,,

Resepi Macaroni Cheese Bakar
urm..sedapnyer makan panas2...creamy giler tau..temgok gambar x caye..hihi..

(resepi&gambar kredit to fb azlina ina fans)

info penting

jom tengok video step by step untuk buat makaroni bakar..tengok video lagi senang untuk belajar kan


    Comments