Resepi Kek Laici Bercheese

resepi kek laici susu bercheese

Resepi Kek Laici Bercheese

wait...kek laici susu berheese??sedap x??
boleh masuk ke..laici n cheese..
urm..klau nak tahu boleh masuk ke x..kena lar cuba..
yang penting kek nie mmang sedap..hihi..

klau makan sejuk2 lagi sedap..
rasa manis laici ..combine plak dengan cheese yang masam2...huh..memang sedap lar..

[wajib cuba: resepi mango crepe cake]

resepi kek laici bercheese

Masa Penyediaan: 40minit
Masa Membakar 30-40minit
Ukuran loyang: 6 inci atau 8 inci

Bahan-bahan untuk Loyang 6 inci

75gm Tepung Naik Sendiri
20gm susu tepung
75gm Gula Kastor
45gm Tepung Jagung
4biji Telur (A/B)
30gm Susu Penuh Krim (Sejuk)
20gm ovelet
1sk esen vanilla
30gm butter (dicairkan)


Bahan-bahan untuk loyang 8 inci

100gm Tepung Naik Sendiri
100gm Gula Kastor
50gm Susu Tepung
60gm Tepung Jagung
5biji Telur (A/B)
50gm Susu Penuh Krim (Sejuk)
45gm ovelet
2sk esen vanila
50gm butter (dicairkan)


[wajib cuba: resepi biskut nutella]


Cara-cara

1. Panaskan oven 180c api atas bawah
2. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. Pukul hingga kembang (naik 2x ganda)
3. Masukkan butter yang dah dicairkan. Kacau hingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang dah dialaskan baking paper.
5. Bakar 30-40minit bergantungpada oven masing2
6. Setelah masak, sejukkan dan potong kepada 3 bahagian. Setiap lapisan hendaklah di sapu dengan susu panas dan ketepikan


Bahan-bahan (laici susu)

50gm Susu pekat manis
50gm air panas
1tin laici = asing buah dan sirap laici.
Campurkan susu, air panas dan sirap laici dan kacau hingga susu larut dan sebati. Sapu pada lapisan kek

Bahan-bahan krim

250gm Cream Cheese (suhu bilik)
90gm Gula Halus
30gm Susu Tepung
250gm Non Dairy Whipping Cream


Cara-cara

1. Pukul gula dan cheese hingga kembang.
2. Masukkan non dairy whipping cream ke dalam adunan cheese dan pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan susu tepung dan pukul lagi hingga sebati.

Pemasangan kek

1. Ambil 1 bahagian kek yang telah di sapu dengan laici susu. Letakkan krim di atasnya dan ratakan.
2. Tabur buah laici dan tutupkan dengan 1 lagi lapisan kek.
3. Ulang proses No1 dan 2.
4. Tutupkan dengan lapisan ke3.
5. Ice cotedkan dengan lebihan krim hias ikut suka hati anda..
Sedia untuk di dihidangkan......



(gambar & resepi kredit to: fauzi poji fans)


Comments