Resepi Burnt Cheesecake Sedap & Senang

resepi burnt cheesecake yang sangat mudah dan sedap

Resepi Burnt Cheesecake yang senang dan sedap

sekarang nie tengah viral tentang kek burnt cheesecake nie kan..
jadi ramai lar yang nak buat cheesecake nie.
nak buat burnt cheesecake nie bukan susah sangat pun..senang je..
bahan-bahan untuk buat pun x banyak..

klau nak beli..harga dia memang mahal..
baik anda buat sendiri je..jimat lagi..
satu family boleh makan tau..

kenapa burnt cheesecake nie viral dan famous??
of course lar sebab dia sedap..
rasa dia memang pure cheese..so klau anda peminat cheese..
kek nie memang akan menjadi kek favourite anda..

walaupun kat atas dia hitam macam hangit..
tapi magically kek tu x rasa hangit pun..
rasa pahit pun x de..tular kelebihan burnt cheesecake nie..

kek dia memang rasa lembut dan cair di mulut..
dan bau dia memang wangi...
urm..rasanya uols kena buat sendiri..baru tahu rasa dia camne..
jom kita belajar cara buat burnt cheesecake

sebelum tu..klau anda peminat cheese.nie antara koleksi resepi yang berasaskan cheese yang anda patut cuba:


bahan-bahan untuk buat burnt cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 85g gula castor
  • 120ml whipping cream
  • 9g tepung gandum
  • 2 biji telur gred A

cara buat burnt cheesecake

  1. panaskan oven anda pada suhu 200c
  2. pukul cream cheese dengan gula sehingga ia kembang
  3. then masukkan telur sebiji demi sebiji
  4. lepas tu masukkan plak whipping cream.kacau sebati
  5. akhir sekali masukkan tepung gandum.kacau sehingga adunan sebati
  6. griskan loyang 6 inch dan lapiskan dengan baking paper.pastikan baking paper lebih daripada loyang.nanti senang nak angkat kek.
  7. tuangkan adunan kedalam loyang
  8. bakar kek keju pada suhu 200c sehingga 1 jam.api atas bawah.bakar cam biasa je.x yah guna teknik water bath

tips untuk membuat burnt cheesecake

  • lepas cheesecake anda dah masak,buka sedikit pintu oven dan biarkan kek kat dalam oven selama 15 min.
  • keluarkan kek dari oven dan biarkan lagi 10 min baru keluarkan kek dari loyang
  • burnt cheesecake nie sedap makan sejuk2.so sejukkan cheesecake anda dalam peti baru makan ye.
  • gunakkan whipping cream untuk dapatkan permukaan cheesecak yang berkilat.

tekture kek yang lembut dan cair dimulut

pic dan resepi kredit: aznie khasri

video resepi burnt cheesecake sedap

untuk melihat pelbagai video resepi yang menarik.anda boleh melihat dekat youtube channel resepi senang.kat situ ada banyak video yang menarik anda boleh tonton dan belajar.



Comments