Resepi Oreo Cheese Muffin

resepi cupcakes@muffin Oreo cheese

Resepi Oreo Cheese Muffin

ok hari nie kita belajar buat muffin cheese plak ye..
muffin cheese nie sedap makan sejuk2 tau..so 
simpan dalam peti sejuk dulu semalaman..baru makan..

tanpa membuang masa...ambik kertas dan pen untuk salin resepi oreo cheese muffin nie..

resepi oreo cheese muffin

bahan-bahan untuk membuat oreo cheese muffin

  • Kepingan Biskut Oreo secukupnya
  • 1 pack 226 @ pack 250 grams Cream Cheese, suhu bilik
  • 1/2 cawan Gula Pasir
  • 2 biji Telur Gred A
  • 1/2 cawan Sour Cream (Boleh juga guna Greek Yogurt atau Plain Yogurt biasa)
  • 1/2 suduteh Vanilla Extract 
  • Secubit Garam
  • 1/2 cawan Chocolate Chips yang telah dicairkan atau Nutella

    cara-cara untuk membuat oreo cheese muffin

    • Panaskan oven pada suhu 160°C (bergantung jenis oven). 
    • Alas muffin tray dengan cupcake liners. Letak sekeping Oreo dalam setiap cupcake liner. 
    • Dalam mixing bowl, dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. 
    • Kemudian masukkan vanilla, telur, sour cream dan garam. Mix lagi hingga semua rata dan sekata. 
    • Tuang adunan cheesecake setengah penuh dalam setiap muffin cup yang berisi dengan kepingan Oreo.
    •  Sudukan sedikit melted chocolate atau Nutella ditengahnya. Kemudian tuang lagi adunan cheesecake dalam setiap muffin cup hingga hampir penuh. 
    • Swirlkan adunan dengan toothpick atau biarkan begitu sahaja.
    •  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20-25 minit sehingga cheesecake masa
    [wajib cuba: resepi biskut cheese]

    Tips ketika membuat oreo cheese muffin

    Resepi Oreo Cheese Muffin

    1. . Pastikan jangan overbake/terlebih masak nanti cheesecake retak.
    2.  Keluarkan dari oven dan biarkan cheesecake sejuk sepenuhnya didalam tray sebelum dipindahkan.
    3.  Simpan dalam peti sejuk. Cheesecake ini akan lebih sedap selepas disimpan dalam peti sejuk semalaman. 

    Resepi Oreo Cheese Muffin


    Resepi Oreo Cheese Muffin


    resepi dan pic kredt : Danish Harraz

    Comments