Resepi Kuetiau Th'ng senang

jom buat resepi kuetiau th'ng yang senang dan mudah


kuetiau th'ng nie lebih kurang je ngan kuetiau  sup...
cuma kuetiau th'ng nie dia more kepada masakan cina.
kuetiau th'ng nie dia x guna perkakas sup...
tapi dia lebih kepada sengkuang dan fish ball...

tapi rasa dia still sedap tau..
kepada penggemar sup..resepi kuetiau th'ng nie.anda wajib cuba.

ok jom kita tengok resepi kuetiau th'ng yang senang dan mudah nie,

[wajib cuba: resepi sambal belacan lemak]


Bahan-bahan untuk membuat kuetiau th'ng

  • 1@2keping ayam bhgn dada - x perlu potong
  • (boleh je letak tulang, kaki or leher ayam)
  • Fishball (rebus ada dijual dipasaraya)
  • Fishball (goreng ada dijual dipasaraya)
  • Fish cake - saya tmbh
  • 1/2 biji sengkuang (besar) - saya potong 4
  • Kuetiau/mihun/mee
  • Daun bawang
  • 3@4 biji gula batu
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar pati ayam (Maggie)
  • Serbuk lada sulah
  • Minyak bawang
  • Air
[wajib cuba : resepi cili jeruk mudah]


Cara-cara untuk membuat kuetiau th'ng

1. Kuetiau di rendam air panas, kacau2 sekejap utk menghilangkan minyak yg ada pd kuetiau. Tos dan ketepikan.

2. Rebus air di dlm periuk sehingga mendidih.

3. Masukkan isi ayam dan celup2 seketika. Lemak ayam akan mula kelihatan di permukaan air. Tutup api dapur dan buang air tersebut. Cuci ayam bersih2. Ketepikan.

4. Di dlm periuk lain, masukkan air dan biarkan mendidih. 

5. Masukkan sengkuang utk menaik dan memberikan rasa manis pd sup. Masukkan ayam yg direbus td semula.

6. Ambik minyak bawang dan ceduk hanya bawang sahaja (x perlu minyaknya). Biarkan mendidih (lebih kurang 1/2 jam). Lagi lama lagi sedap kata Chef

7. Naikkan isi ayam dan hiris nipis. ketepikan. 

8. Masukkan perasa spt garam, serbuk perasa, pati ayam (maggie) dan gula batu.

9. Masukkan fishball, fish cake dan didihkan seketika.
Siap!





Resepi Cili kicap

Bahan-bahan untuk membuat cili kicap

  • Cili api yg dihiris
  • Kicap cair
  • Perahan air limau kasturi
  • Campurkan semua bahan. Sedia utk digunakan

Cara menghidangkan 
1. Masukkan kuetiau/mee/mihun.
2. Susun hirisan ayam, fishball dan fishcake.
3. Tuangkan sup.
4. Tuang sedikit serbuk lada sulah.
5. Ceduk sedikit minyak bawang bersama bawangnya.
6. Taburkan daun bawang.


Resepi Minyak wangi a.k.a minyak bawang putih

Bahan-bahan untuk membuat minyak bawang putih

  • 3@4 labu bawang putih (dadu)
  • Minyak

Cara-cara untuk membuat minyak bawang putih

  1. Kupas 3@4 labu bwg putih dan potong dadu. Saya guna chopper jer. 
  2. Goreng hingga naik bau dan ranggup dlm kuali dgn minyak yg byk (api perlahan). 
  3. Tutup api dan tunggu sejuk. Kaut minyak bersama bawang dan simpan dlm bekas kaca yg bertutup.

Sumber : Chef Hassanhen
Dicuba : Rozie Abdullah

Comments