Resepi banana chocolate cake

resepi banana chocolate cake (ala-ala secrete recipe)

Resepi banana chocolate cake

sape kat cni pernah makan banana chocolate cake secrete recipe??sedap kan..
yuk pun suka sangat makan kek tu..yuk nie jenis yang x suka makan pisang..but
klau banana chocolate cake secrete recipe tu yuk boleh lar makan..

tapi...nak beli selalu kat secrete recepi mmang x dpt lar..sbb mahal kan..
nak jimat punya pasal..kena lar buat sendiri..haha
eh..boleh ke buat sendiri banana chocolate cake secrete recipe??
eh.. mestilar boleh...meh yuk bagi resepi banana chocolate cake ala-ala secrete recepi,,
sedap..

[wajib cuba: resepi kek pisang almond]

resepi banana chocolate cake

Masa penyediaan: 40Minit
Masa Mengukus: 20 (adunan bawah 300gm) / 60 minit (loyang 7)
Masa Membakar: 50minit -60minit
Suhu: 180c
Loyang: 7inci

Bahan-bahan 


  • 5biji Telur
  • 135gm cawan gula halus
  • 200gm susu pekat manis 
  • 100gm butter (dicairkan) / minyak masak
  • *150gm cawan tepung cap sauh
  • *50gm cawan serbuk koko
  • *1 1/2 sdt soda bikarbonate
  • *1 1/2 sdt baking powder
  • 100gm susu penuh krim (panas mendidih)

Cara-cara

1. Ayak bahan bertanda * dan ketepikan
2. Pukul telur dan gula dengan kelajuan perlahan selama 5minit untuk melarutkan gula.
3. Tingkatkan kelajuan kepada sederhana selama 5-10minit lagi atau hingga betul2 kembang (bertukar menjadi putih)
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan pula butter (dicairkan) / minyak masak dan pukul lagi hingga sebati. Matikan mixer
6. Bahagikan bahan ayak tadi kepada 3 bahagian. Masukkan 1 bahagian demi 1 bahagian Gunakan teknik kaup balik menggunakan senduk / spatula.
6. Masukkan susu panas dan kacau sebati.
7. Oleskan loyang 7inci dengan butter / minyak masak. Jangan lupa alaskan baking paper.
8. Panaskan Kukus hingga air mendidih dan kukuskan 50-60minit
9. Jangan lupa tutup adunan dengan plastik untuk elak air wap menitik atas kek.
10. Keluarkan loyang kek dari pengukus.
11. Terbalikkan dan keluarkan kek secepat mungkin ketika masih panas.
12. Potong ketika kek sudah sejuk.


Amaran:
Jangan buka penutup kukus jika belum cukup waktu 60minit (loyang 7) / 20minit (berat adunan kurang 300gm)

Bahan-bahan untuk Frosting

100gm Coklat Masakan (dicairkan - double boil / microwave)
50gm Air Panas
2sb Gelatin
200gm Cream Cheese (wajib suhu bilik)
100gm Gula Halus
250gm Non Dairy Whipping Cream
Pisang secukupnya


Cara-cara.

1. Larutkan Galetin dalam air panas dan ketepikan.
2. Pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan dalam masa yang sama cairkan coklat masakan.
3. Masukkan coklat yang telah dicairkan dalam adunan cream cheese. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan larutan gelatin dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan non dairy whipping cream dan pukul hingga kembang.


Bahan-bahan untuk Ganache

200gm coklat
200gm dairy whipping
2sb butter


Cara-cara

Cairkan semua bahan di atas dengan teknik double boil. Tuang atas lapisan frosting

Cara Pemasangan kek

1. Sapukan lapisan kek dengan air gula.
2. Sapu lapisan frosting
3. Susun pisang atas lapisan frosting
4. Tutup pisang dengan lapisan frosting
5. Tutup frosting dengan lapisan kek
6. Ulang proses 1-5
7. Sejukkan hingga keras
8. Tuang coklat ganache.


[wajib cuba: resepi kek laici bercheese]


Resepi banana chocolate cake
sapukan kek dengan air gula.then baru letak frosting ye.

Resepi banana chocolate cake
selepas tu...baru susu pisang.susun lar ikut suka uols

Resepi banana chocolate cake
tutup piang tadi dengan lapisan frosting dan tutup frosting dengan kek.ulan balik proses nie ikut berapa lapisan kek yang uols nak..

Resepi banana chocolate cake
last skali baru tuang coklat genache..ciap..senang je kan..hihi..selamat mencuba..


Comments