Resepi Roti Jala Sukatan Cawan

 Resepi Roti Jala Lembut Sampai Ke Petang

resepi roti jala sukatan cawan


hello semua..sihat ke..so hari nie kita nak share resepi roti jala yang sangat simple..

resepi nie guna sukatan cawan je kawan2 ye..

yang menarik tentang resepi nie kita memang x guna blender ye..kita just kacau guna tangan je untuk buat roti jala nie,,,menarik kan..

klau guna blender susah sikit kan,,dia susah time kita nak cuci  blender tu kan..renyah sikit,,

so sape yang malas boleh salin resepi roti jala kacau tangan nie je...haha..

wajib cuba: resepi puding roti bakar

mesti ramai yang tertanya-tanya...roti jala nie lembut sampai ke petang ke??

klau ikut resepi nie bukan setakat lembut sampai ke petang..selepas satu hari pun dia still lembut lagi..

dengan syarat..kita kena simpan roti jala nie dalam bekas kedap udara..sbb kita x nak roti jala nie terdedah kepada udara..


wajib cuba: resepi kek sarang semut sukatan cawan


tanpa buang masa jom kita tengok resepi roti jala sukatan cawan nie..


resepi roti jala 


bahan-bahan untuk buat roti jala 

  • 1kg tepung gandum(bagus guna tepung gandum bakers choice atau cap sauh)
  • 1.8 litre air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu teh pewarna kuning
(1 resepi  nie anda akan dapat 80-85 roti jala guna kuali non-stick 26 cm)

cara buat roti jala

resepi roti jala simple


  1. campur semua  bahan-bahan kecuali tepung gandum.kacau sehingga sebati
  2. lepas sebati baru masukkan tepung gandum
  3. kacau sebati dan rehatkan adunan 15-30 min
  4. boleh lar menjala...haha

tips untuk buat roti jala

  • bila adunan sebati anda kena rehatkan adunan dalam 15-30  min.jangan terus menjala.selang 5 min kena kacau adunan,barulah adunan smooth dan x berketul
resepi & pic kredit to:huda ayob



Comments