Resepi Sira Labu Kelantan

 Resepi sira labu yang senang dan mudah

resepi sira labu kelantan

sape sini peminat labu?angkat tangan...haha..

sira labu nie menu yang wajib ada dekat kelantan dulu-dulu lar..

sekarang susah nak jumpa sbb labu mahal kot..haha..

klau nak makan kena masak sendir..

wajib cuba:resepi ketupat sotong versi kelantan

senang je nak buat sira labu kelantan nie..

jom kita tengok resepi nie..

resepi sira labu kelantan

Bahan-bahan untuk sira labu 

  • setengah biji labu yang sedang-sedang
  • 2 keping Gula melaka@nissan (ikut kemanisan yang korang nak)
  •  Gula pasir (ikut kemanisan yang korang nak)
  •  Daun pandan
  • Kapur makan (untuk rendamkan labu supaya dia pejal dan tak mudah lembik)
  • Garam secukup rasa

Cara buat sira labu:

1. Kupas kulit labu dan potong mengikut citarasa korang. Kemudian rendam labu yang telah dipotong tadi dengan air kapur. Ini untuk memejalkan labu apabila dimasak nanti

2. Setelah beberapa jam labu direndam didalam air kapur, basuh dan toskan labu tersebut.

3. Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir, garam, dan daun pandan.

4. Tak perlu masukkan air kerana labu tu akan mengeluarkan air.

5. Masak dengan api yang perlahan. Masak lebih kurang 1/2 atau satu jam @ bila nampak labu tu dah lembut dan masak boleh tutup api.

resepi sira labu kelantan

wajib cuba : resepi nasi dagang kelantan 

klau masih x faham lagi..boleh rujuk video resepi nie...jangan lupa subscribe channel nie tau..banyak resepi menarik yang dia share 

video resepi sira labu kelantan




Comments