resepi agar-agar santan mudan dan senang
Bahan - Bahan untuk buat agar-agar santan pandan
( Loyang 8 inci)
- 12 gram agar agar tali
- 4 cawan air
- 4-5 helai daun pandan
- 200ml santan
- 1 biji telur
- 125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg
kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)
.
Cara- Cara buat agar pandan santan
1. Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap
air pandan.
2. Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana
4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air.
6. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan
dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan. Selamat mencuba
Comments
Post a Comment