Resepi Bingka Ubi Kayu

 resepi bingka ubi kayu sukatan cawan

Resepi Bingka Ubi Kayu


hari nie jom kita belajar buat bingka ubi kayu yang sangat sedap nie..
rasa dia manis dan texture dia agak kenyal..dan dia x lembik..
so..memang sedap lar..

lagipun resepi bingka ubi kayu nie senang sangat,,
resepi dia pun guna sukatan cawan je..
jangan lupa baca sampai habis sbb nnti yuk ada share tips untuk buat bingka ubi.

anda peminat kuih tradisional??resepi nie adalah untuk anda..selamat mencuba..

bahan-bahan untuk buat bingka ubi kayu

Resepi Bingka Ubi Kayu


-4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

-2 cawan santan pekat

-1 cawan gula pasir

-1/2 sudu teh garam

-sedikit pewarna kuning

Cara buat bingka ubi kayu

gaulkan semua bahan-bahan dengan sebati 

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.

Resepi Bingka Ubi Kayu


Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bingka selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan dalam lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

wajib cuba : resepi bingka pandan

tips untuk membuat bingka ubi

Resepi Bingka Ubi Kayu


  • Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang dibaca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya.
  • Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...
  • Bagi resepi ni mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji...inilah yang menjadikan kuih bengkang ni lembut lemak manis dan kenyal.. bukan lembik..
  • loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.

 

Resepi Bingka Ubi Kayu

resepi dan gambar kredit to : nuriz zatiyy

Comments