Resepi Ayam Masak Kam Heong

ayam masak kam heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong,Ayam Masak Kam Heong

ok..hari nie kita belajar masak masakan yang sangat simple iaitu ayam masak kam heong.
resepi nie sedap sangat..anak2 mesti suka tau..

klau makan dengan nasi putih panas2..pergh memang terangkat lar..klau x percaya anda kena cuba 
resepi ayam masak kam heong nie..

nak masak kam heong nie bukan lar susah sangat..senang je..main campak2 je..hihi...
klau and dah boring asyik dok makan masakan yang sama dan inginkan kelainan..
boleh cuba resepi nie..

kat sini admin sertakan resepi masakan ayam yang lain..nanti boleh lar cuba..

resepi ayam masak kam heong

bahan-bahan untuk buat ayam masak kam heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong, Ayam Masak Kam Heong

  • Ayam - digaul kunyit dengan garam untuk goreng. 
  • Bawang merah - dihiris halus*
  • Bawang merah - di potong besar
  • Bawang putih - dihiris halus*
  • Halia - dihiris halus*
  • Daun kari*
  • Cili api - ikut la kepedasan korang nak.
  • Serbuk kari ikan dan daging - campurkan
  • Cili kering - di kisar
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap
  • sedikit Lada hitam sikit yang di tumbuk
  • Air asam jawa

Nota dapur: sukatan ni ikut korang la ye.boleh agak-agak sendiri.ikut sesedap rasa uols.

Cara masak ayam kam heong

1. Goreng ayam tu dulu tapi jangan garing sangat. Kejap je.agak agak je la.
2. Dah habis goreng ketepikan dulu ayam tu ye.
3. Tumiskan dulu bahan bahan yang bertanda * ni kan dulu. Dah agak layu baru masuk kan serbuk kari dan cili kering.
4. Tumis sampai naik bau dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap.
5. Biarkan seketika. Lepas tu baru la korang tambah kan cili padi tadi dan bawang merah yang di potong besar.
6. Pastu masukkan air asam jawa sikit untuk buat kuah. Perasakan garam dan gula ye.
7. Akhir sekali baru masukkan ayam yang dah di goreng tadi.
8. bila dah masak..boleh lar angkat dan hidang.

resepi & pic kredit to: zana mokhtar


Comments