Resepi Tart Telur Portugis

resepi tart telur portugis senang

Resepi Tart Telur Portugis|www.resepisenang.com

Minggu ni saja entah kali berapa buat tart telur portugis sebab teringin nak makan. Nasib baik boleh buat sendiri.

Sebelum admin bagi resepi tart telur portugis nie…apa kata kita belajar tentang sejarah tart telur portugis.Tart telur portugis nie terkenal di Macau, dibawa masuk ketika zaman kolonial Portugis kemudian diubah suai mengikut citarasa orang Asia.

 Kalau resepi asal dari Portugal mereka letakkan serbuk kayu manis, bila sampai di Macau tak letak dah. Kat kedai bakeri kita pun banyak je jual, tapi biasanya tak kena dengan tekak sebab tak suka rasa telur yang kuat, cepat muak.

Jadi untuk mendapatkan rasa yang sedap tapi tak muak marilah kita belajar buat sendiri. Resepi ni senang sangat, kita gunakan kulit pastri segera. Tak payah nak uli-uli lagi.

Oh ya, hitam di permukaan tart telur tu bukan hangit tau, itu dikira 'signature burn' untuk portuguese egg tart. Kalau ada 'signature burn' tahniah! Portugese egg tart menjadi dan ia sangatlah seksi. Hahaha

anda peminat tart??nie admin share resepi tart,anda mesti suka,jangan lupa cuba resepi tart nie tau
ok..tanpa membuang masa..jom kita belajar buat tart telur portugis.jangan lupa ambik kertas dan pen untuk salin resepi tart telur nie..

Resepi tart telur portugis

Resepi Tart Telur Portugis|www.resepisenang.com

Bahan-bahan  puff pastry

- Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)

Bahan-bahan kastard  tart telur portugis

- 4 biji telur
- Sedikit esen vanila
- 150ml air
- 250ml susu full cream (saya guna Dutchlady)
- 120g gula kastor
- 1tbsp tepung jagung


Cara-cara untuk membuat tart telur portugis

  1. Canaikan kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat.
  2. Potong pastri lebih besar dari acuan.Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart telur.then canai balik puff pastry yang kita potong.
  3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara
  4. Masukkan semua bahan-bahan kastard dan kacau sebati
  5. Tapiskan adunan kastard dan tuang kedalam acuan tart telur
  6. Bakar tart telur portugis pada suhu 200c selama 40 min

untuk pelbagai video resepi step by step boleg subscribe youtube channel resepi senang



Resepi Tart Telur Portugis|www.resepisenang.com
tekap mengikut acuan anda.nak guna muffin cupcakes pun boleh.lepas tekap tu potong dan canai balik puff pastry yang kita tekap dan potong tadi

Resepi Tart Telur Portugis|www.resepisenang.com
masukkan adunan kastartd ke dalam acuan tart dan bakar.senang kan.

resepi & pic kredit to: faridah ainuddin

video step by step cara buat tart telur portugis


Comments